Jumaat, 19 Mac 2010

OtAk Ku~



dalam otak aku ni macam2 yang berputar dan difikirkan...
memang seperti yang aku harapkan,
aku nak rasa macamana rasanya BUSY itu..
Allah....baru sekarang aku dapat coret dalam blog nie setelah sekian lama menyepi..

menjadi perwakilan tidak semudah yg disangka..
jiwa ku korban utk itu
aku lebih rasa bertanggungjawab kini..
event yang perlu pikir bagai air bertali arus..
dalam otak nie sntiasa ade checklist..
xde buku diary mmg lupa laa segala apa nk dibuat esok hari..erk!!

Yeaaayyyyy!!!!!
Alhamdulilah..smpai sekarang aku dah dapat 2 tempat praktikal..
destination marine n UTM skudai..
harap2 lagi 3 tempat yg aku hantar tuh pon dapat gak..
lpas tuh biar padan muka aku xtau nk pilih mana 1..
...huhuhu...

Sabtu lepas aku tgh syok2 siapkan proposal..
the MUT geng tarik aku kuar jalan2..
xleyh blah naek teksi..ahaha!!
mkn kat kfc dan berkaroke!!
vokal gua mmg mantap la bebeh~
ehehe..
malam ari yg sama tgk Alice in Wonderland ngn bakim plak..
cite yg aku nk tgk xde!!
layan kan je laaa..not bad laaa~
ari tuh mmg epi sgt..
tq the MUT n bakim..hee~

hari ni rase letih la..
pagi smpai kol 12 tgh malam br dpt rase balik bilik..
blaja tadi pon tetido2 smpai..
adoi,,
kaki rase dh nyaris nk tercabut...
rest ouhh rest~

Isnin, 21 Disember 2009

GoodBye J B :: hola L U M U T


sekarang dah pukul 2.02 pagi, isnin bersamaan 21th december 2009..
pagi nanti aku dah kena balik LUMUT...
Arghhhh..
rasa malas pun ada!!
dah kena start bakar lemak2 yang aku kumpul,
alahai sayangnyaa lemakku!!
huhu...

ni detail tiket aku...
masa : 9.00 pagi
tarikh : 21/12/09
tempat berlepas : Larkin, JB
tempat duduk : sebelah awek cun
tempat mendarat : Lumut / Manjung, Perak

sebelum pergi beli tiket aku pegi jap rumah cikgu aku,
nak tengok anak dia yang comel, husnill wathiq,
takut rindu plak nanti..hehehe...
tak lama lagi ada adik la budak tuhh..
dah jadi abang,,
huhu

Lepas tuh aku terus g beli tiket kat larkin
dah dapat tiket gerak plak tengok wayang cite avatar....
sebelum masuk panggung singgah la kedai buku MPH
cari buku yang dikehendaki



cerita avatar ni ok ja pada aku,,,
3 1/2 bintang aku bagi daripada 5..
cita nie punyai mesej yang bagus...
kena jaga ALAM kita!!
jangan rakus dalam nak bangunkan HUTAN BATU
sedangkan HUTAN HIJAU kita sedang nazak...
GO GREEN WORLD
hehe

duit tiket balik LUMUT,
tiket wayang,
dan
duit makan utk arinie
ditaja sepenuhnya oleh
abangku terchintaaaaa..
hahahaha~

TQ so MUCH!
*wink wink*
^^,

Jumaat, 18 Disember 2009

T e r i m a K A S I H

Sebagai seorang manusia, tidak cukup hanya berterima kasih kepada Allah sahaja. Kita juga perlu berterima-kasih kepada manusia.

Seperti mana sabda Nabi Muhammad SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A.:

“Barangsiapa yang tidak berterima kasih kepada manusia, dia tidak mensyukuri Allah”. (Hadith riwayat Ahmad dan At-Tirmizi. Kata Al-Albani: Sahih)

“…dan barangsiapa yang melakukan kebaikan kepadamu, maka balasilah dia, jika kamu tidak dapati apa-apa untuk membalasinya, maka berdoalah untuknya hingga kamu dapati bahawa kamu telah membalasinya”. (Hadith riwayat Abu Daud dan An-Nasa’i dengan sanad-sanad As-Sahihayn)


Terima kasih bukan sahaja semata-mata dilafazkan untuk menyatakan penghargaan kepada kebaikan yang telah diberi oleh seseorang, malah untuk sebaliknya yang telah diberi kalian kepada diri pengarang ini. Kejahatan ataupun keburukkan yang diberi mungkin daripada atas kesilapan lepas pengarang sendiri yang akhirnya dipalit kembali kepada diri ini. Pada sudut positifnya, semua itu merupakan kesedaran yang diberikan oleh Tuhan Yang Agung. Alhamdulilah...

Terima kasih kepada kamu semua kerana sudi menabur jasa ke atas jasad ini, kamu merupakan tiang utama dalam kaki kurniaan ini untuk terus melangkah mendaki..

Terasa kerdil sekali bahawa kita bukanlah sesiapa tanpa orang lain. Jangan sesekali mengatakan kejayaan kita adalah kerana usaha kita semata-mata. Akhirnya kita sedar, hanya ALLAH sahajalah yang Maha Hebat. DIA Yang SATU tanpa memerlukan sebarang sekutu mahupun pertolongan.

EGOIS

Katamu apa yang kau impikan
Segalanya kan pasti jadi kenyataan
Setiap apa yang kau inginkan
Sekelip mata dalam genggaman
Nadamu berbaur keegoan
Katamu kau tak perlukan teman
Walaupun sendirian
Walaupun kesunyian
Kau punya segala kelebihan

Bibirmu ketandusan senyuman
Jeling pandangan hanyalah di ekor mata
Atur langkah penuh keangkuhan
Gerak gaya lambang kemegahan
Kau terlupa apa yang kau ada
Segalanya kurniaan yang Esa
Hanya seorang hamba
Yang diuji imannya
Dengan kenikmatan dunia

Bicara hatimu tentang sepi
Sengaja tak pernah kau akui
Bagaikan sang merak
Yang indah bulunya
Namun tidak mampu
Terbang ke angkasa

Andai dibiar keegoan
Meratah hati dan perasaan
Usah kau pertikaikan jiwamu
Mengapa tiada rasa ketenangan
Pernahkah terlintas di minda
Ketika kau kesusahan
Siapakah yang kan hadir menjadi pembantu

Bukan ku sengaja
Mencari silapmu
Engkau ku rasakan
Mampu menjadi sandaran
Sedarlah jasa baktimu diperlukan
Curahkan pada insan yang memerlukan

Munsyid: Mestica
Lagu : Wan Shah (Hijjaz Records Sdn. Bhd.)
Lirik : Atie (Hijjaz Records Sdn. Bhd.)
Hakcipta : Hijjaz Records Sdn. Bhd.
Penerbit : Faizal Osman
Program Muzik : Trabye

Lirik untuk tatapan semua, bukan niat penulis blog untuk menyindir sesiapa..
Sama-sama kita renungkan. Moga kita menjadi insan yang lebih baik pada tahun baru Islam ini.. ^^

Isnin, 14 Disember 2009

Induksi JPM/MPM sesi 09/10



tak lama lagi dah balik mimet...
rasa macam tak puas pulak cuti nie,
ramai lagi member ajak aku kuar
jadual full dengan berjalan bukan bekerja..
haha~

aku kena balik awal untuk induksi JPM/MPM
21th dec dah gerak balik
program tuh start 22-25 dec kat pantai merdeka
aku tak pernah pergi la plak kat sana
best ke arr??

perghh~
aku rasa segan sekarang nie
semua yang ada kat sana hebat2 belaka
semuanya punyai pengetahuan meluas jika dibandingkan dgn aku..
tapi takpa,
ini semua pengalaman dan cabaran
aku pasti boleh!!!!
haha!!

aku rasa tersangatlah teruja!!tak sabar nak jumpa kenalan2 baru dan cabaran yang menanti.Harap2 dipermudahkan urusan...Amin....