Rabu, 30 Jun 2010

Satu Tekad =D


Petikan lagu satu tekad, UNIC
"Berikanku sebaris kata
Untuk ku susuri jalan gelita
Mentera keramat kata pujangga
Azimat yang bermakna"

Tiba-tiba rasa betul2 bersemangat bila lagu ni bermain, rasa keyakinan itu tiba2 menyentap diri..SYUKRON!!

KEYAKINAN,
Ya! Aku yakin esok dapat present design yang aku buat pada Dr Pauzi..Hari ketiga aku praktikal, baru siap design. Kalau la kena buat sekali, memang masak la aku! Dah la complicated aku punye design tuh, bukannya material kayu aku nak guna, besi! Welding! Aduyai.. malas dah nak bermain dengan percikan api ni.huhu

HARAP-HARAP hanya sekadar DESIGN! Amin..

Kerja oh kerja!
Dan ketika itu aku berjalan kaki ke lab

TIDAK LAGI, MUNGKIN?
Esok aku harap Fahmi ada la, takda la aku dengan Mamat menapak pergi lab pagi-pagi..
20minit tuhh..kering ranting aku lama2..huhu..sementara nak tunggu lepas JPJ, takda la lagi nak nyusahkan Fahmi lagi..segan!tebal sangat dah muka ni dibuatnya..hehe..

ZARA?!
Aku terpikat dengan Men Zara Jeans..
Harga? Bak datang!! haha..

Bagi aku,
Tiada kasih yang setanding dengan kasihnya seorang ibu dan Allah yang esa, walaubagaimana kamu punyai teman yang ramai mengelilingi mu, kelak tiada apa yang tinggal. Hanya dirimu yang kerdil..

Limau dan Tembikai


Apa itu Limau dan Tembikai,
Sengaja aku beri perumpaan begitu bagi mewakili masam manis apa yang berlaku hari ini selasa,29hb..

Hari Kedua Praktikal
Aku bangun seawal pagi dengan mamat untuk bersiap..pukul 6.30pagi?kira awal la tu kan..hehe
Nak ke makmal marin,kena la berjalan selama 20minit..fuhhh!! hari2 macam nie ranting la aku..bukan apa Fahmi cuti 2 hari, nak taknak terpaksa la kita org nie menapak...

Dah sampai sekali awal daa..tunggu kat luar mcm tunggu sekolah bukak..haha!!
Macam 1st day,makan dan melopong..huhu..
Kesian kat kiteorg, Dr Pauzi suruh la design rak model bot budak2 nie..
Duduk dalam lab komputer taknak macam sejuk plak kan..hhuhu..
Malangnya hari ni takda makan tengahari..lapo!!

Habis kerja macam biasa pukul 5, balik aku terus makan megi 2 bungkus dan tidur!selesa!haha..Pada sebelah malam pulak aku dinner dgn Mamat kat cafe Meranti..45minit aku berjalan! Mak aihhhh..jauh giler..kenapa la UTM nie besor sgt...buat kecik2 sudeyhhh..huhu..

NASIB BAIK!
Fahmi terserempak ngn kiteorg..pertengahan jalan dan pulang dihantar oleh beliau...TERIMAS!!

Sebalik itu...

Aku makin sedar akan fitrah kehidupan.. memang betul kata mak aku, "antara dua kasih, yang manakah bermula atau menanti berakhir".. Aku daripada dulu lagi dah agak benda ni akan berlaku juga kelak.. Terkadang niat kita akan disalah tanggap oleh insan.. Aku menerima dengan senyuman terukir..

”Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu. ”

"Semuanya datang dan pergi tatkala aku masih lagi di sini, ibarat pepohon rendang teduhan insan, menjadi teduhan kepada terik mentari namun dilupakan jasanya pabila kesenangan lain menghampiri.."

Terima Kasih aku ucapkan kepada insan itu,
Maaf andai persinggahan aku dalam meneruskan pengembaraan di dunia ini menganggu hidupmu, memadai bagiku untuk melepaskan sehela dua nafas kejerihan, sepantas jua akan aku pergi agar tenang kau berasa..

Isnin, 28 Jun 2010

Kembali ;)

Salam...
Dah agak lama aku tak update blog ni, rasa rindu gila..haha..
Sem ni dah masuk tahun 3,
PRAKTIKAL!!
Dah pon berada di UTM Skudai,
Hari pertama memang seronok sangat! takda rasa janggal langsung..
Aku sewa dalam hostel dengan Mamat..
Nasib baik satu kepala..


Sem lepas dah pun ditinggalkan dengan perasaan yang amat lega dan sedih!
Sedih dengan perpisahan sementara dan kejadian yang sering menimpa..
Cuti memang aku tunggu-tunggu..
Sampai Facebook pon aku deactivate sementara..
Nak tenangkan otak la katakan..haha!!

Selasa, 6 April 2010

Destinasi Cinta


Menyingkap tirai hati
Mengintai keampunan
Di halaman subur rahmat-Mu, Tuhan
Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan

Tak ternilai airmata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Tak kan berpaling pada palsu duniawi

Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi

Ku gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapat ku berteduh di rendang kasih-Mu

Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan kan cuba menodai
Segumpal darah bernama hati
(Destinasi cinta Ilahi)

Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku
Leraikan aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu
Namun masihku mengharap ampunan-Mu
Wahai Tuhanku Ya Allah

Sabtu, 27 Mac 2010

Bila masanya mau GRADE??



makin hari aku rasa makin xsemangat..
hurmm
xtau la nape..
mula rase bosan n muak
aku nak cepat2 grade
then sambung degree kat tmpat lain plak..

ITULAH CITA2 AKU...

sekarang nie yg jadi penguat semangat aku,
pengorbanan family aku yg membuatkan aku ada kat sini..
klu x rasa memang xbermaya je,
hati aku dah tawar..

INSYALLAH...

ada rezeki aku nk sambung


yeza..UTM di Skudai..
aku nk amek bachelor of engineering (mechanical-marine technology)
same course cm Naval Architecture n Ship Building kat MIMET
jz UTM xde bengkel cm cnie..n itu yg aku nak...

dan 1 lagi

kat UMT pon aku nak apply gak nnti..
kat cnie lbey kepada minat aku yg sbenarnye..
aku lagi cenderung dgn biologi..
so course yg aku apply kelak adalah
bachelor in marine biology or bachelor biological science..

aku harap cita2 ku tercapai nnti...

tolong laa...
aku btol2 nk sgt kuar..
xtau nape..
T.T

Jumaat, 19 Mac 2010

OtAk Ku~



dalam otak aku ni macam2 yang berputar dan difikirkan...
memang seperti yang aku harapkan,
aku nak rasa macamana rasanya BUSY itu..
Allah....baru sekarang aku dapat coret dalam blog nie setelah sekian lama menyepi..

menjadi perwakilan tidak semudah yg disangka..
jiwa ku korban utk itu
aku lebih rasa bertanggungjawab kini..
event yang perlu pikir bagai air bertali arus..
dalam otak nie sntiasa ade checklist..
xde buku diary mmg lupa laa segala apa nk dibuat esok hari..erk!!

Yeaaayyyyy!!!!!
Alhamdulilah..smpai sekarang aku dah dapat 2 tempat praktikal..
destination marine n UTM skudai..
harap2 lagi 3 tempat yg aku hantar tuh pon dapat gak..
lpas tuh biar padan muka aku xtau nk pilih mana 1..
...huhuhu...

Sabtu lepas aku tgh syok2 siapkan proposal..
the MUT geng tarik aku kuar jalan2..
xleyh blah naek teksi..ahaha!!
mkn kat kfc dan berkaroke!!
vokal gua mmg mantap la bebeh~
ehehe..
malam ari yg sama tgk Alice in Wonderland ngn bakim plak..
cite yg aku nk tgk xde!!
layan kan je laaa..not bad laaa~
ari tuh mmg epi sgt..
tq the MUT n bakim..hee~

hari ni rase letih la..
pagi smpai kol 12 tgh malam br dpt rase balik bilik..
blaja tadi pon tetido2 smpai..
adoi,,
kaki rase dh nyaris nk tercabut...
rest ouhh rest~