Jumaat, 18 Disember 2009

T e r i m a K A S I H

Sebagai seorang manusia, tidak cukup hanya berterima kasih kepada Allah sahaja. Kita juga perlu berterima-kasih kepada manusia.

Seperti mana sabda Nabi Muhammad SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A.:

“Barangsiapa yang tidak berterima kasih kepada manusia, dia tidak mensyukuri Allah”. (Hadith riwayat Ahmad dan At-Tirmizi. Kata Al-Albani: Sahih)

…dan barangsiapa yang melakukan kebaikan kepadamu, maka balasilah dia, jika kamu tidak dapati apa-apa untuk membalasinya, maka berdoalah untuknya hingga kamu dapati bahawa kamu telah membalasinya”. (Hadith riwayat Abu Daud dan An-Nasa’i dengan sanad-sanad As-Sahihayn)


Terima kasih bukan sahaja semata-mata dilafazkan untuk menyatakan penghargaan kepada kebaikan yang telah diberi oleh seseorang, malah untuk sebaliknya yang telah diberi kalian kepada diri pengarang ini. Kejahatan ataupun keburukkan yang diberi mungkin daripada atas kesilapan lepas pengarang sendiri yang akhirnya dipalit kembali kepada diri ini. Pada sudut positifnya, semua itu merupakan kesedaran yang diberikan oleh Tuhan Yang Agung. Alhamdulilah...

Terima kasih kepada kamu semua kerana sudi menabur jasa ke atas jasad ini, kamu merupakan tiang utama dalam kaki kurniaan ini untuk terus melangkah mendaki..

Terasa kerdil sekali bahawa kita bukanlah sesiapa tanpa orang lain. Jangan sesekali mengatakan kejayaan kita adalah kerana usaha kita semata-mata. Akhirnya kita sedar, hanya ALLAH sahajalah yang Maha Hebat. DIA Yang SATU tanpa memerlukan sebarang sekutu mahupun pertolongan.

EGOIS

Katamu apa yang kau impikan
Segalanya kan pasti jadi kenyataan
Setiap apa yang kau inginkan
Sekelip mata dalam genggaman
Nadamu berbaur keegoan
Katamu kau tak perlukan teman
Walaupun sendirian
Walaupun kesunyian
Kau punya segala kelebihan

Bibirmu ketandusan senyuman
Jeling pandangan hanyalah di ekor mata
Atur langkah penuh keangkuhan
Gerak gaya lambang kemegahan
Kau terlupa apa yang kau ada
Segalanya kurniaan yang Esa
Hanya seorang hamba
Yang diuji imannya
Dengan kenikmatan dunia

Bicara hatimu tentang sepi
Sengaja tak pernah kau akui
Bagaikan sang merak
Yang indah bulunya
Namun tidak mampu
Terbang ke angkasa

Andai dibiar keegoan
Meratah hati dan perasaan
Usah kau pertikaikan jiwamu
Mengapa tiada rasa ketenangan
Pernahkah terlintas di minda
Ketika kau kesusahan
Siapakah yang kan hadir menjadi pembantu

Bukan ku sengaja
Mencari silapmu
Engkau ku rasakan
Mampu menjadi sandaran
Sedarlah jasa baktimu diperlukan
Curahkan pada insan yang memerlukan

Munsyid: Mestica
Lagu : Wan Shah (Hijjaz Records Sdn. Bhd.)
Lirik : Atie (Hijjaz Records Sdn. Bhd.)
Hakcipta : Hijjaz Records Sdn. Bhd.
Penerbit : Faizal Osman
Program Muzik : Trabye

Lirik untuk tatapan semua, bukan niat penulis blog untuk menyindir sesiapa..
Sama-sama kita renungkan. Moga kita menjadi insan yang lebih baik pada tahun baru Islam ini.. ^^

Isnin, 14 Disember 2009

Induksi JPM/MPM sesi 09/10



tak lama lagi dah balik mimet...
rasa macam tak puas pulak cuti nie,
ramai lagi member ajak aku kuar
jadual full dengan berjalan bukan bekerja..
haha~

aku kena balik awal untuk induksi JPM/MPM
21th dec dah gerak balik
program tuh start 22-25 dec kat pantai merdeka
aku tak pernah pergi la plak kat sana
best ke arr??

perghh~
aku rasa segan sekarang nie
semua yang ada kat sana hebat2 belaka
semuanya punyai pengetahuan meluas jika dibandingkan dgn aku..
tapi takpa,
ini semua pengalaman dan cabaran
aku pasti boleh!!!!
haha!!

aku rasa tersangatlah teruja!!tak sabar nak jumpa kenalan2 baru dan cabaran yang menanti.Harap2 dipermudahkan urusan...Amin....