Rabu, 9 Disember 2009

Layarkan :: H I D A Y A H M U :: tika langkahku :: T E R C I P T A ::


Ku merasa sepi benar senja ini
bayunya,...semilir..
menganak ombak kecil ke pepasiran pantai...
jalur ufuk pula mengemas terang
bebola mata terarah kapal dan layar terkapar

tidak aku mengerti mengapa perlu menanti senja
barukan terdetik pulang ke pangkalan
gusar malam menghampiri
jauhkan ketewasan di tengah lautan

semalam aku kelukaan...
kecewa kehampaan
separa sedar mencalar ketabahan
mimpi sering ku harapkan menjadi kenyataan
namun..tidak kesampaian

Allah....
inginku sekali hentikan langkah ini
bagaikan tidak mampu untuk ku bertahan
semangat tenggelam lemah daya
haruskah aku mengelamun jiwa
dodoian bisikan ku berkata inilah dugaan

dan kini LANGKAHKU TERBUKA..
biar KAU menjadi saksi
pada hikmah dugaan uji keimanan
layarkanlah hidayah kepada ku
lontaran ujianMu di luar kekuatan aku seorang insan

Tuhan..
pimpinilah diri ini
untuk bangkit semula meneruskan langkah perjuangan ini
cekalkan hati dan semangatku
kurniakan ketabahan
agar mimpi menjadi nyata
dan
aku memohon agung kudratmu
wahai tuhan yang satu
segalanya dari mu..


Isnin, 7 Disember 2009

AkRAb P E R S A H A B A T A N..



Sesegar hijau daunan
Begitulah kita diibaratkan
Tiada siapa yang bisa memisahkan kita
Antara kita semua

Seerat simpulan yang tidak terbuka
Seteguh langit tinggi menongkah dunia
Kita mengharung badai atas nama
Kasih insan bersaudara

Buang yang keruh ambil yang jernih
Dendam hasad dengki mestilah dijauhi
Marilah contohilah Rasullulah
Di dalam bersahabat
Ukhuwah dan mahabbah kita jalinkan
Bina keharmonian

mungkin aku ni tak reti nak melafazkannya secara terangan, bibirku jauh dari lafaznya, apa yang terzahir hanya tingkah laku yang dapat dilihat pada pandangan kasar. Namun tidak semuanya mengerti..

Hanya sini dapat aku luahkan, aku sayang dengan semua hamba-hamba ALLAH ini yang bergelar sahabat, teman, dan rakan-rakan. Apa yang ku harapkan agar hanya perhubungan kita ini dirahmati dan berkekalan. Aku cukup berbangga dapat berkenalan insan-insan seperti kamu. Alhamdulilah...

PERSAHABATAN KITA IBARAT SIMPULAN TALI YANG TIDAK BISA DIBUKA. TIADA SIAPA YANG BOLEH MELERAIKANNYA..