Khamis, 13 Ogos 2009

Rindu ku kepada mu tiada bertepi...

masih lagi segar dalam ingatan,
bagaimana selesanya aku memegang kamu,
bertapa gembiranya membawa kamu berjalan bersama-sama
ke hulu dan ke hilir....
desikan mu amat merdu di gegendang telinga,
tawa dan hilai ku senantiasa ketika kamu berada di sisi..
malam itu
aku sama sekali tidak menyangka,
malam yang terakhir aku mendakap,
merupakan hari terakhir aku membersihkan dan membelai kamu..
pergi mu bukan sekejap,
pergi mu mungkin jua tidak menemui aku semula,
SAYANG!!
aku amat menyayangi mu.......
aku menyeru agar kau pulang ke pangkuan aku semula....
pulang lahh,
aku tidak berdaya lagi untuk menanggung derita,
senyuman yang aku lemparkan hanya lah palsu belaka,
sekadar menutupi kedukaan yang kau berikan..
D80..
ketahuilah,
bahawasanya aku amat merindui kamu...