Rabu, 13 Mei 2009

Hembusan Kasturi

Selembut bayu hembusan kasturi seindah cerianya suria pagi..

Ya Allah..
Hambamu merindukan rahmat kasih sayangMu dan jua keredhaanMu,
Ku akui diri ini hamba yang mungkir pada janji-janji,
Adakah selayaknya aku dimaafi di atas segala perbuatanku?
Ya Allah..
Ampunkanlah dosa-dosa ku,
Ya Allah..
Redhakanlah kehidupan ku,
Tuhan..
Ku zalami diri ini,
Tuhan..
Sesungguhnya kau maha pengasih...

Mak!!mana baju aku??aku dh lambat ni..Habislah aku kena marah lagi dengan mak nenek kat sekolah tu..Azim dengan tiba-tiba menjerit kepada ibunya pada subuh yang hening itu.

Kenapa ni?Mak ada sangkutkan baju sayang mak tu kat tepi katil mak.Semalam sayang penat kan?kesian mak tengok sayang mak ni belajar sampai lewat malam..Mak Maimun menjawab teriakkan anaknya itu dengan penuh sopan.Jelas kelihatan kedut-kedut tua di mukanya.Barangkali itulah kedut-kedut yang menyimpan seribu satu kedukaan dah kejerihan demi membesarkan anak-anaknya.Semenjak kematian suami tercinta sedekad lalu,Mak Maimun telah mengambil alih sebagai ketua keluarga.Pucuk-pucuk kampung habis dijajanya dari rumah ke rumah hingga ke pasar tani berdekatan.Tidak cukup dengan itu,Mak Maimun pernah bekerja sebagai buruh binaan.Melihat kepada anak-anaknya,Azam dan Azim yang ketika itu belum mengenali kehidupan,membuatkan hatinya cekal untuk mengharungi semua itu.

Azam,anak sulung,meninggal seusia 10 tahun.Hanya tuhan sahaja yang mengetahui bertapa luluhnya hati seorang ibu.Anak yang ditatang bagai minyak yang penuh dirobek nyawanya oleh insan yang tidak berperikemanusiaan.

Mak!!!mana sarapan aku??nak cepat ni..

Cepat-cepat Mak Maimun mengelap air mata dengan kain batiknya..

Maafkan mak,mak penat sangat sampai lupa..Makanlah cekodok ni.Mak Som bagi tepung petang semalam,mak berbual dengan dia,tu yang diberinya tepung.Mudah mudahan murah rezeki dia.

Ya la..
Azim menjawab pendek.

Hari itu seperti hari sebelumnya,Azim akan berlalu pergi ke sekolah tanpa mencium tangan emaknya.Entah kenapa Mak Maimun terasa hiba akan perangai anak tunggalnya itu.Cucuran air mata sederas tanpa diduga.Jauh dilubuk hati,dia amat kecewa dengan sikap anaknya.Pinggan yang dibiarkan dibasuhnya kembali setelah melihat Azim hilang meredah denai.

Emak!!!Azim rindukan ayah dan abang.Mana mereka mak?Mak tak rindu ke?Mak ni baiklah..
Mak,Azim janji,Azim besar nanti Azim akan jadi anak yang baik.Jaga mak sampai hujung nyawa Azim..

Kata-kata itu terngiang-ngiang di telinga Mak Maimun,Azim kemurungan setelah seminggu Azam dikebumikan.Sungguh Mak Maimun tidak fahami mengapa sikap anaknya itu berubah sama sekali.Puas difikirkan apa salahnya.Tangan yang menadah memohon petunjuk tidak putus-putus.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Azim
,kau free tak petang nie?Azman menyapa dari belakang.

Kepala otak kau!terkejut aku dibuatnya..free,kenapa?
Azim merenung kawannya itu.

Takda lah,aku ingat nak mintak tolong kau ajarkan aku.Macam matematik,biologi dan kimia.Kau kan pelajar terbaik sekolah ni.Mesti tiada masalah kan?

Aku ok je..Tapi kau kena belanja aku makan untuk hari ini?Deal atau no deal?
Azim menghulurkan tangan,mengharap sahabatnya itu akan menyambut.

Deal!!Mari,kita ke kantin.Aku belanja kau makan apa sahaja.
Disambutnya tangan Azim itu dengan senyuman lebar.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Mak!!!!Aku dah balik ni.Petang nanti kawan aku nak datang,kemaskan daun-daun bodoh ni.Menyemak laluan je.Jangan lupa buatkan kuih muih untuk kawan aku nanti..
Azim mengomel sendiri..

Mak Maimun yang ketika itu berada di kebun kecil dibelakang rumah,asyik dengan kerja-kerjanya.Sayur bendi dan limau kasturi yang ditanamnya telah mula mengeluarkan hasil..

Mak!!Kau pekak ke?Puas aku cakap tadi,dengar tak?
Azim bercekak pinggang,tercegat dipintu dapur..

Sayang bila balik?Mak tak perasan.Maafkan mak.Sayang cakap apa tadi?Mak tak dengar,sibuk dengan kebun kita ni.Cuba tengok ni,bendi,limau kasturi kita dah berbuah..
Dilap peluh di dahinya..

Ada aku tanya?Apa aku peduli!Kawan aku nak datang petang ni,buatkan kuih muih,kemaskan depan tu bersepah!

Mak Maimun hanya mampu mengelengkan kepala.Batas yang dibuat,dihabiskan mencangkul.Sesekali dibiarkan fikirannya menerawang ke angkasa,teringat akan kemesraan dan telatah anak-anaknya ketika kecil dulu.Gurauan senda dan hilai tawa mereka mengubat rindu kepada arwah suami.Baginya semua itu tidak mungkin akan kembali lagi,segalanya telah berlalu.Dia pasrah akan ketentuan Ilahi yang ingin menguji ketabahan hatinya.

Tuai padi antara masak..esok jangan layu-layuan..intai abang antara nampak..esok jangan rindu-rinduan..Kedengaran suara gemersik Mak Maimun yang duduk bersimpul di tangga hadapan rumah.Dilemparkan pandangannya ke denai yang dilalui Azim selalu.

Wah!sedap sungguh suara Mun itu.Ingin sahaja abang menjamahnya..Zulkarnain mengusik.

Apa abang ni?!terkejut Mun..Kalau Mun ada darah tinggi macam mana?Abang yang melopong nanti..Mun mencebik,muncungnya dinaikkan tinggi..

Abang mahu ke rumah Pak Leman,minta tolong dia jadi saksi untuk akad nikah kita.Majlis kitakan lagi 2 minggu sahaja lagi.Terdengar suara lunak Mun itu,abang singgah sebentar.Rindu abang pada Mun bak laksana pungguk merindukan bulan..Zulkarnain bersungguh-sungguh.

Abang in ada-ada sahaja.Lebih baik abang pergi rumah Pak Leman itu cepat.Sebentar lagi mungkin tidak dia akan pergi ke rumah isteri nombor duanya.Terlepas pula nanti..Mun mencelah tersipu-sipu malu.Mukanya yang putih gebu itu,kemerahan.Kedua anak mata Zulkarnain terpaku sebentar,bertapa bertuahnya dia memiliki Mun yang cantik itu.Anak gadis sunti ketua kampung yang digilai setiap teruna.

Assalammualaikum mak cik....

Lamunan Mak Maimun tersentak dek kerana sapaan rakan anaknya itu.

Waalaikumusalam..Eh!kamu Azman..Kenapa tercegat sahaja di bawah tu.Jemputlah naik..

Jauh termenungnya tu mak cik,teringatkan siapa?saya ke?Azim ada mak cik??
Azam membasuh kakinya di tempayan bawah tangga.

Mak Maimun tersenyum sinis.

Pandai kamu mengusik mak cik ya..Azim ada di dalam.Jemputlah masuk.Kuih muih dah pun terhidang.Kalau lapar,makan sahaja..Tambah Mak Maimun.

Untungnya Azim dapat mak yang penyayang macam Mak Maimun tu.Bukan setakat itu,walaupun tua tapi seri diwajah tak pernah luntur..Hati Azman berkata-kata.

Apa yang kau renungkan tu??Azim menatapi wajah Azman..

Tiada apa-apa..Mana kau pergi?Puas aku menunggu.Air pun dah habis aku teguk..Azman cuba menukar topik

Alah!kalau dah habis tuang sahaja.Apa yang mahu ditunggu?Kau dengan mak aku sama sahaja,suka termenung.Buang masa!..Azim menjeling ke arah emaknya yang bersandar di tepi anak tangga.

Berdandan mengalahkan maknyah!Sindir Azman.
Kenapa samakan aku dan mak kau?!Mak kau termenung sebab ingin lepaskan lelah penat bukan macam aku.Derhaka kau cakap macam tu..Azman menambah dengan nada yang keras.

Whatever...Azim membantah.

Dilihatnya kedua-dua anak itu asyik belajar bersama-sama,barangkali mereka telah menanam azam yang bersarang untuk mengubah nasib hidup masing-masing kelak.Mak Maimun memanjatkan kesyukuran kepada tuhan yang maha esa kerana mengurniakan anak yang rajin berusaha.Berusaha untuk mengubah nasib mereka anak beranak,Mak Maimun kesal kerana dirinya tidak mampu menyediakan keselesaan kepada Azim.Setiap kali hujan,pastinya lantai papan mereka akan dibasahi.Atap zink yang dahulunya utuh kini kian berkarat dah rapuh.Lantai papan dahulu kuat semakin dimamah anai-anai.

Pernah sekali Mak Maimun terpelosok kaki kerana terpijak papan yang sudah reput.Ketika itu Azim tiada dirumah,mengaduh seorang diri Mak Maimun.Darah yang mengalir dibalut dengan kain perca simpananya di dalam almari.Sebulan lebih Mak Maimun berjalan terhincut-hincut,menahan kesakitan yang tidak tertanggung.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

....tut...tut...
Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi,sila tinggalkan pesanan selepas bunyi bip..

Hello?Azim ke?Aku ni Azman,mak kau dah tenat dekat rumah tu.Dah seminggu dia sebut-sebut nama kau.Balik lah cepat..

Lima belas tahun sudah Azim meninggalkan kampung halamannya selepas dia berjaya dengan cemerlang dalam SPM.Segala perbelanjaan pembelajaran di luar negara ditanggung oleh keluarga angkat di Terengganu.Ibunya di kampung,ditinggalkan tanpa khabar berita.
Azim telah dipinangkan oleh gadis sunti keluarga angkatnya semasa masih lagi menuntut..
Ada beberapa kali Azim memberikan sms kepada Azman menanyakan keadaan emaknya di kampung,tetapi itu hanyalah untuk menutup mulut Azman yang sering membebel kepadanya.Padanya,pelajaran dan segala usaha untuk mengecapi kejayaan adalah lebih penting daripada orang tuanya di kampung.

Abang tak rindu pada emak abang di kampung?Lima belas tahun abang tidak menjenguk dia.Entah sihat entah sakit.Apa salah dia pada abang?Kenapa abang sanggup perilakukan sebegitu?Saya teringin nak melihat ibu mertua saya..Bertubi-tubi pertanyaan diajukan oleh Umairah kepada suaminya.

Azim hanya diam membisu,lidahnya kaku tidak semena.Tiba-tiba dia teringatkan emaknya yang berada di kampung.Apa yang dikatakan oleh isterinya adalah betul.Apa salah emak sampai dia sanggup buat sebegitu?Selama ini makan pakai semua ditanggung oleh orang tua itu.Walaupun emak tidak mampu untuk menyediakan keselesaan,namun segala perkara asas disediakan.Emak sanggup mengikat perut demi menyuapkan anaknya.Berpanas terik bercucuk tanam,mencari pucuk-pucuk kampung demi sesuap makanan.Apa yang emak dapat?Maki hamun..Sepak penerajang,caci merca oleh anak tunggalnya sendiri.Emak tidak pernah mengeluh walau sekali pun.Tidak pernah terlihat air mata emak bercucuran dihadapannya.Wajah emak yang selalu tersenyum walaupun dihambat dengan kata-kata kesat.

Abang..kenapa ni?kenapa abang tiba-tiba menangis?
Umairah kehairanan.

Talifon bimbit yang diletakkan di meja lampu diambil oleh Azim..

1 new message

You have 1 new voice message from +60197342890.Please dial 1 to hear your new message..

"
Hello?Azim ke?Aku ni Azman,mak kau dah tenat dekat rumah tu.Dah seminggu dia sebut-sebut nama kau.Balik lah cepat.."

Azim tersentak,telefon yang dipegangnya terlepas daripada genggaman.Umairah ketika itu ketakutan melihat Azim yang tidak pernah sebegitu.Dibacakan beberapa potong surah ke arah suaminya itu.
Azim mengenggam erat tangan isteri kesayangannya,dia menceritakan kisah hidupnya kepada Umairah yang belum pernah diberitahu sebelum ini.

Astafirullah...tergamak abang buat sebegitu kepada emak?anak jenis apa abang ni?Sekarang ni kita balik kampung,sujud kaki emak abang..Umairah menyinga.Rasa geramnya tidak terbendung lagi.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Azim,sayang mak dah balik?Mak rindukan kamu sayang..Sampai hati Azim tinggalkan mak,Sayang?Mak menangis siang dan malam menunggu kepulangan Azim..Mak Maimun tiba-tiba muncul di tepi katil.

Mak?Azim minta maaf mak!Azim bersalah!Azim berdosa,Azim derhaka kepada mak!Mak jangan pergi mak..mak...Azim menyalam tangan orang tuanya dan menangis teresak esak seperti anak kecil.

Mak dah lama maafkan Azim,sayang..Lawa menantu mak,pandai Azim pilih.Mak berkenan.Sampaikan salam mak kepada dia..sambil diusap-usap kepala anak tunggal lelakinya itu.

Umairah namanya mak..Mak,Azim rindukan mak..

Abannnnngggggg......

Azim terjaga daripada mimpinya,peluh yang keluar membasahi satu badan.

Abang mimpikan arwah mak lagi?Umairah cuba meneka.

Azim yang ketika itu masih lagi dalam keadaan terkejut terus bangkit dari tempat tidurnya untuk mengambil wudhu.Bau harum pokok kasturi menusuk hidungnya.Azim menghampiri tingkap berdekatan untuk mengintai keadaan di luar.Dilihatnya pokok-pokok kasturi yang ditanam arwah suatu ketika dulu,kesuburannya tidak pernah luntur.Cekal berdiri seperti semangat Mak Maimun.
Azim menangis bersendirian,baru ketika itu dia melihat bertapa sihatnya buah limau kasturi yang emaknya tanam.Itulah yang ingin ditunjukkan kepadanya suatu ketika dahulu.

Subuh itu,Azim menadah tangan kehadrat Ilahi memohon keampunan,mendoakan agar roh-roh ahli keluarganya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam golongan ahli-ahli syurga.Kehibaan disebalik keheningan disulami dengan hembusan kasturi...