Jumaat, 18 Disember 2009

T e r i m a K A S I H

Sebagai seorang manusia, tidak cukup hanya berterima kasih kepada Allah sahaja. Kita juga perlu berterima-kasih kepada manusia.

Seperti mana sabda Nabi Muhammad SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A.:

“Barangsiapa yang tidak berterima kasih kepada manusia, dia tidak mensyukuri Allah”. (Hadith riwayat Ahmad dan At-Tirmizi. Kata Al-Albani: Sahih)

…dan barangsiapa yang melakukan kebaikan kepadamu, maka balasilah dia, jika kamu tidak dapati apa-apa untuk membalasinya, maka berdoalah untuknya hingga kamu dapati bahawa kamu telah membalasinya”. (Hadith riwayat Abu Daud dan An-Nasa’i dengan sanad-sanad As-Sahihayn)


Terima kasih bukan sahaja semata-mata dilafazkan untuk menyatakan penghargaan kepada kebaikan yang telah diberi oleh seseorang, malah untuk sebaliknya yang telah diberi kalian kepada diri pengarang ini. Kejahatan ataupun keburukkan yang diberi mungkin daripada atas kesilapan lepas pengarang sendiri yang akhirnya dipalit kembali kepada diri ini. Pada sudut positifnya, semua itu merupakan kesedaran yang diberikan oleh Tuhan Yang Agung. Alhamdulilah...

Terima kasih kepada kamu semua kerana sudi menabur jasa ke atas jasad ini, kamu merupakan tiang utama dalam kaki kurniaan ini untuk terus melangkah mendaki..

Terasa kerdil sekali bahawa kita bukanlah sesiapa tanpa orang lain. Jangan sesekali mengatakan kejayaan kita adalah kerana usaha kita semata-mata. Akhirnya kita sedar, hanya ALLAH sahajalah yang Maha Hebat. DIA Yang SATU tanpa memerlukan sebarang sekutu mahupun pertolongan.

0 comments: