Ahad, 21 Jun 2009

Sport Carnival..


Hahaha,,,
Akhirnya Karnival Sukan Seluruh UniKL (KSSU) telah kembali...
event ni berlangsung dari 23 Jun hingga 27 Jun 2009
aku bertolak g campus pukul 10pg nie,21 Jun, naik bus S&S dari larkin,jb..
waaaaaaa...
8jam perjalanan...
memang penat laaa punggung aku nie duduk termanguk dalam bus
aku pergi sana bukan saja2 wooo
aku ade job,
official photographer..
HoHO~
ble aku balik dari sana,
ada kesempatan aku upload beberapa pic untuk di tonton
xsabar rasenye tunggu event tuhh...
kat sana nanti aku jumpa rakan2 mimetian ku kembali dan sorang atlit yang jauh nie..
paie?!city campus mariii
ahaha...
bdk power yg xreti2 nak sedar diri dia power..
adehhhhhhhhh
sambil2 aku snap pic atlit2 yg penuh dgn kesungguhan
bley la aku berkenalan dengan aweks kat sana..
haha..
networking fren la katekannnnn..
Fiuz ooooo Fiuz
aku simpati kat ko coz camera ko plak uat hal kan...
sabar byk2 ye..
dah nasib nak buat cmne
time event besar nie la die buat hal
DONT WORRY
D80 ku ada sebagai penyelamat..haha
pinjam mimet canon eos sudey kan?kan?
ngeee
kepada semua atlit2 aku ucapkan selamat datang ke MIMET
jangan la kamu harapkan sesuatu yang indah pada MIMET
takut ia hanya mimpi tinggal mimpi..
hehe
GOOD LUCK pada atlit2 dan semua crew2 yang terlibat!
kepada photo groupie..
ayuh!!!
kita snap pic mereka..
nude pon ok gak
hahaha~

Sabtu, 20 Jun 2009

tiAda TemBOk!!



*sebelum play video nie,pause dlu lagu yang ade kat blog nie..

Lepas aku tengok VC nie baru la aku sedar..
bahawasanya aku sedang meniti jalan yang benar...
ahaha..
Dulu time aku skola2..
aku sering takut akan pendapat orang tentang diri aku sendiri..
terutama sekali kawan2 aku..
coz dorang nie bkn la supportive sgtt...
aku dlu tringin gak nak msuk bdn pengawas,
pncaragam,kawat kaki krs n mcm2 lg laa..
tp dorang kate tuh smua poyo...
Jd skaters jalanan yg cool..
katenye...
TAPI
sekarang aku dah kluar daripada kepompong yang menyesakkan jiwa...
aku dah x kira apa yg orang ckp psl aku...
aku masuk smua aktiviti yang ada kat campus aku skarang..
aku nk mencuba segala-galanya!!
aku nk kutip pengalaman hidup,
bkak minda dan hati!
Suke ati aku la kan apa benda pon aku nk join kan..
kite mane ley tutup mulut org..
ble dorang pnat nak mengata,
pekung busuk tuh tutup sndri..
SO,
kepada sesiapa yang nak halang aku,
JANGAN IMPIKAN..
coz xkira mcmane pon korang buat,
aku akan laluinya...
AND,
aku bangga dengan jalan yang aku pilih skarang..
aku sedang meniti ke alam yang aku impikan sebelum ini...
EVEN THOUGH,
aku tersungkur dan terkapai ketika mengorak langkah,
aku akn bangun!dan terus bangun!
NO ONE CAN STOP ME TO BECOME WHO I AM!!
I AM ME,
NOT YOU NOR YOU...


Khamis, 11 Jun 2009

Teman ke Teman


Daripada pemilik kepada budiman..



Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.

Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama.


Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh. Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api.

Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.


Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji


Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan.


Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan
Orang yang bahagia itu,
akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah
menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan,
menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan,
menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu
dan
menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa..

ingatan tulus pengarang kepada sahabat handai..

di Pedalaman Hati




Kaki aku melangkah lesu...arghhhh,,,
aku bermain dengan api kemarahan diri
kemanakah harus aku campakkan?
Perlukah aku menyimpan dan memendam bara ini..
yang akhirnya memakan diri ku sendiri,,,,

Kenapa kali ini aku terlalu sukar untuk memaafkan insan?
adakah kata-katanya terlalu membenam hati?
tidak dapat aku nafikan..
Aku tak dapat memaafi diri sendiri,,,
bagaimana aku mahu memaafi sesama insan?

Ya ALLAH!!
Kau maafi la diri ku ini..
Berikanlah aku ketenangan dijiwa..
Kedamaian di pangkuan Mu..
Aku mendambarkan hembusan ketenangan...
Di riba Mu ada kebahagiaan...

Aku terguris dengan kata-kata yang dilemparkan..
walaupun aku tahu detik itu hanya gurauan yang dimainkan..
ohh..kata-kata...
aku termakan dengan kata-kata penuh duri..
kata-kata itu suatu doa..
kata-kata..
mewarnai dunia ini..

Duhai rakan..
sesungguhnya aku melutut menatapi ribuan kemaafan,,
kemaafan yang tidak diperoleh daripada Maha Pencipta
ku pohonkan kepada mu..
sesama umat..

Jauh dalam hati kecilku,,
meronta-ronta dan resah gelisah..
dengan apa mahu aku dodoikan agar tenang hendaknya..

Aku melihat jauh menembusi kaca tingkap...
dalam kegelapan malam
terselit jua kerlipan sebutir bintang..
bertautlah cahaya kebenaran mengharungi
rintangan perjalanan di hadapan..