Khamis, 11 Jun 2009

Orang yang bahagia itu,
akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah
menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan,
menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan,
menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu
dan
menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa..

ingatan tulus pengarang kepada sahabat handai..

di Pedalaman Hati




Kaki aku melangkah lesu...arghhhh,,,
aku bermain dengan api kemarahan diri
kemanakah harus aku campakkan?
Perlukah aku menyimpan dan memendam bara ini..
yang akhirnya memakan diri ku sendiri,,,,

Kenapa kali ini aku terlalu sukar untuk memaafkan insan?
adakah kata-katanya terlalu membenam hati?
tidak dapat aku nafikan..
Aku tak dapat memaafi diri sendiri,,,
bagaimana aku mahu memaafi sesama insan?

Ya ALLAH!!
Kau maafi la diri ku ini..
Berikanlah aku ketenangan dijiwa..
Kedamaian di pangkuan Mu..
Aku mendambarkan hembusan ketenangan...
Di riba Mu ada kebahagiaan...

Aku terguris dengan kata-kata yang dilemparkan..
walaupun aku tahu detik itu hanya gurauan yang dimainkan..
ohh..kata-kata...
aku termakan dengan kata-kata penuh duri..
kata-kata itu suatu doa..
kata-kata..
mewarnai dunia ini..

Duhai rakan..
sesungguhnya aku melutut menatapi ribuan kemaafan,,
kemaafan yang tidak diperoleh daripada Maha Pencipta
ku pohonkan kepada mu..
sesama umat..

Jauh dalam hati kecilku,,
meronta-ronta dan resah gelisah..
dengan apa mahu aku dodoikan agar tenang hendaknya..

Aku melihat jauh menembusi kaca tingkap...
dalam kegelapan malam
terselit jua kerlipan sebutir bintang..
bertautlah cahaya kebenaran mengharungi
rintangan perjalanan di hadapan..


Rabu, 10 Jun 2009

Bicara Kata

Manis bicara indah tutur kata... Tak seindah rupa pengertiannya,
Lembutnya lidah mengata nista.. Lidah yang tiada bertulang
Mengadu domba
Serta memfitnah sesama saudara

Terkadang aku berfikir sendirian...
Perlukah amarahku dibiar terus menyala,
Membakar membara, dengan rasa bangga ..Mencela mereka dengan kata-kata

Kata ibarat pedang
Yang tajamnya bisa membunuh lawan
Kata-kata yang berhikmah
Menyedarkan kita

Kata madah pujangga.. Bisa menjadi pedoman manusia
Jagalah bahasa kata kita
Jangan disalah guna

Yang merah itu saga
Yang kurik itu kendi
Yang indah itu bahasa
Yang cantik budi pekerti

Terkadang aku mentaksir manusia... Kurniaan Tuhan telah banyak dikhianati ...
Mencerca, menghina, dustanya bicara
Menyusun nista dengan kata-kata ....

Terlajak perahu masih boleh diundur lagi ...
Terlajak kata buruk padahnya ..

Terlajak perahu masih boleh diundur lagi
Terlajak kata hilang percaya....

Selasa, 9 Jun 2009

aKu daN ciNTa

Cinta itu.....banyak pengertian........
tapi bagi aku cinta adalah...Kawan sejati..
Orang yang mencintaimu meskipun telah mengenalimu dengan
sebenar-benarnya iaitu baik dan burukmu.
Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu terlalu penting
dalam sebuah kehidupan.
Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang,
oleh itu jangan tertarik kepada seseorang kerna parasnya,
sebab keelokan paras dapat menyesatkan.
Jangan pula tertarik kepada kekayaanya kerna kekayaan dapat musnah.
Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatkan mu tersenyum,
kerna hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah
ibarat kata orang
Setiap bunga mawar ada durinya
Dari kesusahan itu akan diperolehi kesenangan dan kebahagian,
seperti durian berduri kerana sedap isinya,
kulit manggis yang pahit kerana manis di dalamnya,
dan bunga ros berduri kerana harum baunya..
dan jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu,
tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi,
jangan terlalu sedih,
terimalah kenyataan itu dan sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu tetapi...
apabila ada yang datang,
jangan biarkan ia berlalu pergi dan jika esok kalau ia masih bertandang,
jangan harap ia akan datang kembali..

Selasa, 26 Mei 2009

Sebuah Pertemuan

Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan

Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan?
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala

Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan

Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan

Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina

Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan

Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman