Rabu, 13 Mei 2009

Hembusan Kasturi

Selembut bayu hembusan kasturi seindah cerianya suria pagi..

Ya Allah..
Hambamu merindukan rahmat kasih sayangMu dan jua keredhaanMu,
Ku akui diri ini hamba yang mungkir pada janji-janji,
Adakah selayaknya aku dimaafi di atas segala perbuatanku?
Ya Allah..
Ampunkanlah dosa-dosa ku,
Ya Allah..
Redhakanlah kehidupan ku,
Tuhan..
Ku zalami diri ini,
Tuhan..
Sesungguhnya kau maha pengasih...

Mak!!mana baju aku??aku dh lambat ni..Habislah aku kena marah lagi dengan mak nenek kat sekolah tu..Azim dengan tiba-tiba menjerit kepada ibunya pada subuh yang hening itu.

Kenapa ni?Mak ada sangkutkan baju sayang mak tu kat tepi katil mak.Semalam sayang penat kan?kesian mak tengok sayang mak ni belajar sampai lewat malam..Mak Maimun menjawab teriakkan anaknya itu dengan penuh sopan.Jelas kelihatan kedut-kedut tua di mukanya.Barangkali itulah kedut-kedut yang menyimpan seribu satu kedukaan dah kejerihan demi membesarkan anak-anaknya.Semenjak kematian suami tercinta sedekad lalu,Mak Maimun telah mengambil alih sebagai ketua keluarga.Pucuk-pucuk kampung habis dijajanya dari rumah ke rumah hingga ke pasar tani berdekatan.Tidak cukup dengan itu,Mak Maimun pernah bekerja sebagai buruh binaan.Melihat kepada anak-anaknya,Azam dan Azim yang ketika itu belum mengenali kehidupan,membuatkan hatinya cekal untuk mengharungi semua itu.

Azam,anak sulung,meninggal seusia 10 tahun.Hanya tuhan sahaja yang mengetahui bertapa luluhnya hati seorang ibu.Anak yang ditatang bagai minyak yang penuh dirobek nyawanya oleh insan yang tidak berperikemanusiaan.

Mak!!!mana sarapan aku??nak cepat ni..

Cepat-cepat Mak Maimun mengelap air mata dengan kain batiknya..

Maafkan mak,mak penat sangat sampai lupa..Makanlah cekodok ni.Mak Som bagi tepung petang semalam,mak berbual dengan dia,tu yang diberinya tepung.Mudah mudahan murah rezeki dia.

Ya la..
Azim menjawab pendek.

Hari itu seperti hari sebelumnya,Azim akan berlalu pergi ke sekolah tanpa mencium tangan emaknya.Entah kenapa Mak Maimun terasa hiba akan perangai anak tunggalnya itu.Cucuran air mata sederas tanpa diduga.Jauh dilubuk hati,dia amat kecewa dengan sikap anaknya.Pinggan yang dibiarkan dibasuhnya kembali setelah melihat Azim hilang meredah denai.

Emak!!!Azim rindukan ayah dan abang.Mana mereka mak?Mak tak rindu ke?Mak ni baiklah..
Mak,Azim janji,Azim besar nanti Azim akan jadi anak yang baik.Jaga mak sampai hujung nyawa Azim..

Kata-kata itu terngiang-ngiang di telinga Mak Maimun,Azim kemurungan setelah seminggu Azam dikebumikan.Sungguh Mak Maimun tidak fahami mengapa sikap anaknya itu berubah sama sekali.Puas difikirkan apa salahnya.Tangan yang menadah memohon petunjuk tidak putus-putus.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Azim
,kau free tak petang nie?Azman menyapa dari belakang.

Kepala otak kau!terkejut aku dibuatnya..free,kenapa?
Azim merenung kawannya itu.

Takda lah,aku ingat nak mintak tolong kau ajarkan aku.Macam matematik,biologi dan kimia.Kau kan pelajar terbaik sekolah ni.Mesti tiada masalah kan?

Aku ok je..Tapi kau kena belanja aku makan untuk hari ini?Deal atau no deal?
Azim menghulurkan tangan,mengharap sahabatnya itu akan menyambut.

Deal!!Mari,kita ke kantin.Aku belanja kau makan apa sahaja.
Disambutnya tangan Azim itu dengan senyuman lebar.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Mak!!!!Aku dah balik ni.Petang nanti kawan aku nak datang,kemaskan daun-daun bodoh ni.Menyemak laluan je.Jangan lupa buatkan kuih muih untuk kawan aku nanti..
Azim mengomel sendiri..

Mak Maimun yang ketika itu berada di kebun kecil dibelakang rumah,asyik dengan kerja-kerjanya.Sayur bendi dan limau kasturi yang ditanamnya telah mula mengeluarkan hasil..

Mak!!Kau pekak ke?Puas aku cakap tadi,dengar tak?
Azim bercekak pinggang,tercegat dipintu dapur..

Sayang bila balik?Mak tak perasan.Maafkan mak.Sayang cakap apa tadi?Mak tak dengar,sibuk dengan kebun kita ni.Cuba tengok ni,bendi,limau kasturi kita dah berbuah..
Dilap peluh di dahinya..

Ada aku tanya?Apa aku peduli!Kawan aku nak datang petang ni,buatkan kuih muih,kemaskan depan tu bersepah!

Mak Maimun hanya mampu mengelengkan kepala.Batas yang dibuat,dihabiskan mencangkul.Sesekali dibiarkan fikirannya menerawang ke angkasa,teringat akan kemesraan dan telatah anak-anaknya ketika kecil dulu.Gurauan senda dan hilai tawa mereka mengubat rindu kepada arwah suami.Baginya semua itu tidak mungkin akan kembali lagi,segalanya telah berlalu.Dia pasrah akan ketentuan Ilahi yang ingin menguji ketabahan hatinya.

Tuai padi antara masak..esok jangan layu-layuan..intai abang antara nampak..esok jangan rindu-rinduan..Kedengaran suara gemersik Mak Maimun yang duduk bersimpul di tangga hadapan rumah.Dilemparkan pandangannya ke denai yang dilalui Azim selalu.

Wah!sedap sungguh suara Mun itu.Ingin sahaja abang menjamahnya..Zulkarnain mengusik.

Apa abang ni?!terkejut Mun..Kalau Mun ada darah tinggi macam mana?Abang yang melopong nanti..Mun mencebik,muncungnya dinaikkan tinggi..

Abang mahu ke rumah Pak Leman,minta tolong dia jadi saksi untuk akad nikah kita.Majlis kitakan lagi 2 minggu sahaja lagi.Terdengar suara lunak Mun itu,abang singgah sebentar.Rindu abang pada Mun bak laksana pungguk merindukan bulan..Zulkarnain bersungguh-sungguh.

Abang in ada-ada sahaja.Lebih baik abang pergi rumah Pak Leman itu cepat.Sebentar lagi mungkin tidak dia akan pergi ke rumah isteri nombor duanya.Terlepas pula nanti..Mun mencelah tersipu-sipu malu.Mukanya yang putih gebu itu,kemerahan.Kedua anak mata Zulkarnain terpaku sebentar,bertapa bertuahnya dia memiliki Mun yang cantik itu.Anak gadis sunti ketua kampung yang digilai setiap teruna.

Assalammualaikum mak cik....

Lamunan Mak Maimun tersentak dek kerana sapaan rakan anaknya itu.

Waalaikumusalam..Eh!kamu Azman..Kenapa tercegat sahaja di bawah tu.Jemputlah naik..

Jauh termenungnya tu mak cik,teringatkan siapa?saya ke?Azim ada mak cik??
Azam membasuh kakinya di tempayan bawah tangga.

Mak Maimun tersenyum sinis.

Pandai kamu mengusik mak cik ya..Azim ada di dalam.Jemputlah masuk.Kuih muih dah pun terhidang.Kalau lapar,makan sahaja..Tambah Mak Maimun.

Untungnya Azim dapat mak yang penyayang macam Mak Maimun tu.Bukan setakat itu,walaupun tua tapi seri diwajah tak pernah luntur..Hati Azman berkata-kata.

Apa yang kau renungkan tu??Azim menatapi wajah Azman..

Tiada apa-apa..Mana kau pergi?Puas aku menunggu.Air pun dah habis aku teguk..Azman cuba menukar topik

Alah!kalau dah habis tuang sahaja.Apa yang mahu ditunggu?Kau dengan mak aku sama sahaja,suka termenung.Buang masa!..Azim menjeling ke arah emaknya yang bersandar di tepi anak tangga.

Berdandan mengalahkan maknyah!Sindir Azman.
Kenapa samakan aku dan mak kau?!Mak kau termenung sebab ingin lepaskan lelah penat bukan macam aku.Derhaka kau cakap macam tu..Azman menambah dengan nada yang keras.

Whatever...Azim membantah.

Dilihatnya kedua-dua anak itu asyik belajar bersama-sama,barangkali mereka telah menanam azam yang bersarang untuk mengubah nasib hidup masing-masing kelak.Mak Maimun memanjatkan kesyukuran kepada tuhan yang maha esa kerana mengurniakan anak yang rajin berusaha.Berusaha untuk mengubah nasib mereka anak beranak,Mak Maimun kesal kerana dirinya tidak mampu menyediakan keselesaan kepada Azim.Setiap kali hujan,pastinya lantai papan mereka akan dibasahi.Atap zink yang dahulunya utuh kini kian berkarat dah rapuh.Lantai papan dahulu kuat semakin dimamah anai-anai.

Pernah sekali Mak Maimun terpelosok kaki kerana terpijak papan yang sudah reput.Ketika itu Azim tiada dirumah,mengaduh seorang diri Mak Maimun.Darah yang mengalir dibalut dengan kain perca simpananya di dalam almari.Sebulan lebih Mak Maimun berjalan terhincut-hincut,menahan kesakitan yang tidak tertanggung.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

....tut...tut...
Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi,sila tinggalkan pesanan selepas bunyi bip..

Hello?Azim ke?Aku ni Azman,mak kau dah tenat dekat rumah tu.Dah seminggu dia sebut-sebut nama kau.Balik lah cepat..

Lima belas tahun sudah Azim meninggalkan kampung halamannya selepas dia berjaya dengan cemerlang dalam SPM.Segala perbelanjaan pembelajaran di luar negara ditanggung oleh keluarga angkat di Terengganu.Ibunya di kampung,ditinggalkan tanpa khabar berita.
Azim telah dipinangkan oleh gadis sunti keluarga angkatnya semasa masih lagi menuntut..
Ada beberapa kali Azim memberikan sms kepada Azman menanyakan keadaan emaknya di kampung,tetapi itu hanyalah untuk menutup mulut Azman yang sering membebel kepadanya.Padanya,pelajaran dan segala usaha untuk mengecapi kejayaan adalah lebih penting daripada orang tuanya di kampung.

Abang tak rindu pada emak abang di kampung?Lima belas tahun abang tidak menjenguk dia.Entah sihat entah sakit.Apa salah dia pada abang?Kenapa abang sanggup perilakukan sebegitu?Saya teringin nak melihat ibu mertua saya..Bertubi-tubi pertanyaan diajukan oleh Umairah kepada suaminya.

Azim hanya diam membisu,lidahnya kaku tidak semena.Tiba-tiba dia teringatkan emaknya yang berada di kampung.Apa yang dikatakan oleh isterinya adalah betul.Apa salah emak sampai dia sanggup buat sebegitu?Selama ini makan pakai semua ditanggung oleh orang tua itu.Walaupun emak tidak mampu untuk menyediakan keselesaan,namun segala perkara asas disediakan.Emak sanggup mengikat perut demi menyuapkan anaknya.Berpanas terik bercucuk tanam,mencari pucuk-pucuk kampung demi sesuap makanan.Apa yang emak dapat?Maki hamun..Sepak penerajang,caci merca oleh anak tunggalnya sendiri.Emak tidak pernah mengeluh walau sekali pun.Tidak pernah terlihat air mata emak bercucuran dihadapannya.Wajah emak yang selalu tersenyum walaupun dihambat dengan kata-kata kesat.

Abang..kenapa ni?kenapa abang tiba-tiba menangis?
Umairah kehairanan.

Talifon bimbit yang diletakkan di meja lampu diambil oleh Azim..

1 new message

You have 1 new voice message from +60197342890.Please dial 1 to hear your new message..

"
Hello?Azim ke?Aku ni Azman,mak kau dah tenat dekat rumah tu.Dah seminggu dia sebut-sebut nama kau.Balik lah cepat.."

Azim tersentak,telefon yang dipegangnya terlepas daripada genggaman.Umairah ketika itu ketakutan melihat Azim yang tidak pernah sebegitu.Dibacakan beberapa potong surah ke arah suaminya itu.
Azim mengenggam erat tangan isteri kesayangannya,dia menceritakan kisah hidupnya kepada Umairah yang belum pernah diberitahu sebelum ini.

Astafirullah...tergamak abang buat sebegitu kepada emak?anak jenis apa abang ni?Sekarang ni kita balik kampung,sujud kaki emak abang..Umairah menyinga.Rasa geramnya tidak terbendung lagi.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Azim,sayang mak dah balik?Mak rindukan kamu sayang..Sampai hati Azim tinggalkan mak,Sayang?Mak menangis siang dan malam menunggu kepulangan Azim..Mak Maimun tiba-tiba muncul di tepi katil.

Mak?Azim minta maaf mak!Azim bersalah!Azim berdosa,Azim derhaka kepada mak!Mak jangan pergi mak..mak...Azim menyalam tangan orang tuanya dan menangis teresak esak seperti anak kecil.

Mak dah lama maafkan Azim,sayang..Lawa menantu mak,pandai Azim pilih.Mak berkenan.Sampaikan salam mak kepada dia..sambil diusap-usap kepala anak tunggal lelakinya itu.

Umairah namanya mak..Mak,Azim rindukan mak..

Abannnnngggggg......

Azim terjaga daripada mimpinya,peluh yang keluar membasahi satu badan.

Abang mimpikan arwah mak lagi?Umairah cuba meneka.

Azim yang ketika itu masih lagi dalam keadaan terkejut terus bangkit dari tempat tidurnya untuk mengambil wudhu.Bau harum pokok kasturi menusuk hidungnya.Azim menghampiri tingkap berdekatan untuk mengintai keadaan di luar.Dilihatnya pokok-pokok kasturi yang ditanam arwah suatu ketika dulu,kesuburannya tidak pernah luntur.Cekal berdiri seperti semangat Mak Maimun.
Azim menangis bersendirian,baru ketika itu dia melihat bertapa sihatnya buah limau kasturi yang emaknya tanam.Itulah yang ingin ditunjukkan kepadanya suatu ketika dahulu.

Subuh itu,Azim menadah tangan kehadrat Ilahi memohon keampunan,mendoakan agar roh-roh ahli keluarganya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam golongan ahli-ahli syurga.Kehibaan disebalik keheningan disulami dengan hembusan kasturi...










Isnin, 29 Disember 2008

Berserawang..

Malam ini entah kenapa aku rasakan kesedihan yang menyelubungi hati.Pening kepala ku dari mana datangnya perasaan itu.Jauh di lubuk hati,aku merasakan kekecewaan dan kesunyian.Pening yang berdenyut-denyut tidak menghalang aku untuk gagahkan tubuh ini untuk terus duduk dan menyusun ayat-ayat yang ingin aku luahkan.

Hati aku berserawang,berserabut dengan masalah yang datang menimpa.Kotak fikiran ku bergegar bagaikan menaiki kenderaan yang melalui jalan yang tidak berturap.Batu-batu kecil yang bersepah serta lubang-lubang yang terbentuk akibat mendapan.Aku bingung dengan perasaan yang bermain,aku merasakan bagai ingin merobek dada ini dan membuang segala macam perasaan yang bercampur baur.

Aku cuba memikirkan perkara-perkara yang indah.Perkara yang mampu membuatkan aku berasa tenang dan lebih selesa untuk terus bernafas,berdiri meniti ranjau kehidupan.

Aku teringatkan masa lampau,di mana,aku duduk bermain buai di bawah pohon rambutan.Buai yang dibuat menggunakan tali nylon serta papan.Waktu ketika itu tengahari,namun tidak aku merasakan bahang kehangatan sang suria yang telah di tutupi awan yang tebal.Suasana mendung yang cukup mendamaikan di sulami dengan angin yang bertiup sempoi bahasa.Sesekali terdengar bunyi daun bergeseran sesama mereka.

Segerombolan ayam datang mematuk-matuk bertih jagung yang di tabur oleh ayah sebentar tadi.Aku tersenyum sendiri melihat gelagat ayam-ayam yang berebut untuk mendapatkan bertih.Dalam kalangan itu,seekor ibu ayam sibuk mengais mencari saki baki bertih jagung tatkala anak-anaknya mematuk-matuk ke tanah.Mungkin si ibu mengasihani anak-anaknya,si ibu berazam mengusir ayam-ayam lain yang ada di situ.Usahanya berasil,si anak mendapat habuan yang lebih besar,bertih jagung yang masih belum terusik.Aku melihat pada sudut yang berbeza,alangkah mulianya pengorbanan seorang ibu itu terhadap anak-anaknya demi membesarkan mereka.Walaupun ia hanya seekor ayam betina,yang tidak empunya akal fikiran yang waras seperti manusia,namun naluri keibuan telah mengerakkannya untuk melakukan sedemikian.

Jauh dari kumpulan anak beranak itu,satu pergelutan untuk memenangi sang betina hangat berlangsung.Ayam-ayam jantan yang gagah perkasa beradu untuk mendapatkan sang betina.Kedua-duanya mempunyai balung yang besar dan taji yang tajam dan panjang,cukup untuk mengakibatkan kecederaan yang dalam kepada pihak lawan.Lama juga aku perhatikan,sehingga salah seekor daripadanya lari dalam pertempuran itu.Jaguh,memiliki si cantik jelita.

Lumrah,semua itu lumrah bagi ku.Si jantan akan bertarung untuk mendapatkan si betina.Lelaki akan cuba memenangi hati seorang gadis sunti.

Kicauan burung membuatkan aku mendongak ke atas..
Dua ekor burung pipit sedang asyik berkicau,merdu dirasakan.Aku menjangka,seekor adalah betina dan seekor adalah jantan.Kicauan mereka bagaikan sedang menyanyi lagu bersama.Aku membuai buian dengan hati yang tenang bersama keindahan dan musik-musik alam.

Dah lama aku berpisah dengan dia.Telah lama aku merasakan kesunyian.Fikiran aku tidak berhenti memikirkan yang si dia sudah dimiliki orang lain.Entah kenapa kesedihan tidak berputus menghambatku,seperti yang aku jangkakan.Si dia sudah dimiliki,aku diberitahu olehnya sendiri.Hatiku bagai disentap,nafasku bagaikan terhenti.Sejujurnya aku sedih dengan berita itu,tipu kalau aku tidak mengharapkannya lagi.

Namun,aku tidak bisa melawan ketentuan-Nya.Aku hormati dengan segala keputusan yang dibuat,sebab aku diajar sejak aku kecil untuk menghormati orang tidak kira tua atau muda.Aku gembira dalam sedih,gembira tatkala dia gembira dan sedih tatkala dia berduka.

"Aku merenung tepat ke arahnya,angin bertiup secara tiba-tiba.Pintu yang tertutup rapat terbuka luas.Aku faham apa maksud itu,maksud disebalik yang tersirat dan tersurat.Aku mengangkat kaki berlalu pergi.."


Khamis, 25 Disember 2008

~.:RApaT:.~

Yang nie Bro Aqeem,aku rapat ngn die la..
mcm abg sndri jer..
nice person loh.
hehe
Ahmad Mustaqim

Of coz le aku punye own bro.he..
Mohamad Fikri

Tadaa..ni la mak aku..
hehe
Hamidah
Akak aku no 2,byk ketawa dia nie..
Nuur Zalifah

Ada lagi family aku yang lain,mcm ayh dan kak long bersama hubbie dia.Tp xde plak pic dorg aku save.huhu..
Upload next time jer...
he~

Rabu, 24 Disember 2008

.:TiTiSaN:.

Tidak seperti biasa,selalunya aku akan bangun lagi awal dari sebelumnya tetapi tidak kali ini.Hujan pagi yang nyaman dan suhunya yang sejuk mencucuk-cucuk hingga ke tulang belulang ku.Sejuk!Aku menarik semula selimut ku yang ntah kemana perginya tadi.Titisan air yang kedengaran menganggu keenakan tidur ku.Aku membuka mata yang kemerahan kengantukkan sedikit,arrhh..ada dua buah baldi yang menadah titisan air yang keluar dari atap umah ini.Barangkali atap asbestos ini sudah terlalu lama sehingga air meleleh masuk ke dalam rumah.

Aku terus bangun dan duduk sebentar di tempat tidur ku.Kepala aku pening,aku memikirkan kenapa aku tidur lewat.Bermain sms.Ya!aku bermain sms dengan rakan senior ku sehingga jam 4 pagi!Aku terus mengorak langkah ke dapur,suara ibu yang memecah kesunyiaan hening pagi berteriak memanggil nama ku berhenti tatkala dia tahu aku sudah bangun dari tidur.Kini aku mahu bersarapan pula!

Nasi yang dicedokkan oleh ibu aku hanya sekadar merenungnya,entah kenapa sejak kebelakangan ini tekak ku tidak berselera untuk makan nasi walaupun hanya sekadar menjamah.Aku hanya meminum segelas air teh yang sudah dituangkan.Aku memegang erat gelas itu.Ibu melihat kehairanan.Aku terus bangun dan beredar dari meja makan,ibu ku kembali mengomel.Aku tidak mempedulikannya dan terus ke bilik semula.

Aku duduk di katil dan melihat ke luar tingkap.Hujan dari awal pagi tadi terus mencurah-curah membasahi bumi.Rahmat dari tuhan ke atas hambanya.Alhamdulilah!!Anak mata ku beralih ke meja tulis,terdapat laptop di situ.Aku terus menghampirinya."Switch on","Windows Vista pre loading".Aku menunggu untuk desktop keluar.

Pranggggg!!!Aku dikejutkan dengan bunyi basikal yang jatuh berderetan,tidak ubah seperti domino."Buyut kau dah kenapa?Basikal sikit punya besar kau tak nampak?Aku tau la kau punya perut tu lagi besar daripada basikal yang ada..",aku menyindirnya.Basikal-basikal yang jatuh,aku menolongnya mengangkat semula.Afiq memang terkenal di sekolah ku,mungkin kerana sifat fizikalnya yang comel membuatkannya begitu.Namanya yang sebenar ditenggelami dengan buyut.Dia menepuk-nepuk kaki seluarnya yang berdebu,beg yang diletakkan di sebelah tiang,dipikulnya kembali.

Hari itu,cuaca sangat cerah.Memang seperti kami harapkan,hari itu ada matapelajaran pendidikan jasmani.Bola,sudah pasti menjadi sajian pada hari itu."Buyut,memang bagus betul la hari ni cerah kan?Boleh la kita bermain bola,dan kau boleh jadi hero macam minggu lepas.Hebat!kau selamatkan penalti..",Afiq hanya membisu,mengangguk tanda dia setuju.Beberapa kali aku melihat dia memengang kepalanya,jari jemari erat memegang rambut.Aku dapat melihat mukanya yang pucat menanggung kesakitan yang teramat."Buyut,kau kenapa?kau sakit ke??",aku mula menanyakan soalan."Mana ada,aku cuma pening sedikit je.Mungkin aku terlupa untuk makan ubat pagi tadi,aku takut mengantuk dalam kelas,lagipun aku dah terlambat.Nak cepat.",suaranya tersekat-sekat menjawab pertanyaan ku.

"Woi!!cepat la passing bola kat aku!",teriak Khairul yang sudah berada di hadapan.Ammar dengan tamaknya membawa solo hingga ke pintu gol,dia terus merembat kencang ke penjuru atas kanan pintu gol."Gol!!!!!",semua orang bersorak.1-0.Kelas kami menang lagi.Kali ini Afiq tidak bermain sekali,dia hanya duduk di tepi padang memerhati kami bermain.Aku tahu,dia tidak sihat hari ini.
"Kau ok ke tak ni Buyut?",aku bertanya."aku ok la,kau ni tak payah la risau sangat,kalau aku sakit nanti aku bagitahu la...".

"....terima kasih......"kata-kata sambungan Afiq setelah dia menarik nafas panjang.Aneh.Sungguh aneh sikapnya pada hari itu,di dalam kelas dia hanya banyak mengalamun.Sesekali dia menerkup mukanya dengan kedua-dua belah tangan.Aku memerhatikan tingkah lakunya.

Kringgggggggggggggg...lonceng berbunyi."oh mak berenang kupu-kupu",Afiq melatah."Mak siapa?",aku mencuitnya."Mak kau lah!eh..".Afiq kembali mengalamun."Kau tak nak rehat ke?",aku bertanya..Namun tiada jawapan diberikan.Aku menyusun buku-buku yang berselerak di atas meja ku.Di dalam beg hanya tinggal buku Biologi,aku mengeluarkannya.Kerja-kerja yang diberikan semalam tidakku siapkan kerana malas menyelubungi hati.Aku hanya fokus kepada kerja-kerja yang tertangguh tatkala Afiq meneruskan lamunanya..

Di makmal,"Baiklah,saya nak kamu semua baca dahulu report ni di rumah,minggu hadapan kita buat eksperimen",kelas Biologi bersama Puan Zainon berakhir.Seperti biasa aku berjalan ke kelas bersama Afiq.Dia tidak banyak cakap seperti sebelumnya,riang.Tunduk tanpa berkata apa-apa.."Aku tak nak pergi kelas tambahan hari ni,aku tak sihat.."tiba-tiba dia bersuara ketika kami tiba di kelas.Aku hanya mengangguk setuju.Aku mengambil keputusan untuk menemaninya pulang.

Selangkah demi selangkah,kami menuju ke stesen bas.Tempat biasa kami menunggu bas 888.Langkah ku semakin besar,panas terik tengahari itu bagai membakar,mengigit kulit ku.Langkah Afiq yang seiring dengan ku semakin perlahan,mukanya semakin pucat.Dia menggengam erat rambutnya.Afiq rebah!!

Aku berlari ke arahnya.Aku menjerit meminta tolong.Aku meriba kepalanya.Darah keluar dari hidung,cair dan semakin banyak keluar.Aku menjerit sekuat hati.Orang ramai yang lalu hanya melihat tanpa menghulurkan bantuan.Semakin ramai yang mengerumuni aku.Mereka hanya menanyakan kenapa.kenapa dan kenapa.Mane perginya rasa kemanusiaan mereka?Mana perginya rasa tanggungjawab sebagai ahli masyarakat?Aku meraba poket seluar ku.Aku menelefon ambulan menggunakan telefon Sony Ericsson ku.

Afiq di usung masuk ke dalam van.Aku mengikutnya..Sejurusnya di hospital aku memberitahu kepada pihak sekolah dan keluarganya.Afiq dimasukkan ke dalam bilik bedah.Lampu emergency menyala.Sudah 2 jam aku menanti bersama ahli keluarganya dan guru-guru serta sahabat handai..Lampu emergency merah menyala terpadam.Doktor Sazalina keluar,tag nama yang tersemat di poket atas belah kiri..


"Ipin!!!pergi kedai beli kelapa parut cepat,mak nak masak labu masak lemak ni",aku tersentak daripada lamunan dek kerana teriakkan mak aku itu.Laptop yang dah lama terpasang terbiar..
"Windows preparing to standby.."

Selasa, 23 Disember 2008

aKU jEleZ..

aku jelez..

hurm..ble la family aku nk gather?smua ade je urusan masing2..aku borink!
nk g vacation ngn whole family tp knape ade je yg missed??
aku bkn pe,aku ske klu meriah,ble smua adk bradik aku bkumpul..

ble dh plan ade je yg excuse..cm aritue!abg aku ade meeting la..kak long aku xdpt dtg hubbie kje la..pe smua ni..!!
bosan arr aku klu g jln2 xsmua ikut..