Rabu, 30 Jun 2010

Limau dan Tembikai


Apa itu Limau dan Tembikai,
Sengaja aku beri perumpaan begitu bagi mewakili masam manis apa yang berlaku hari ini selasa,29hb..

Hari Kedua Praktikal
Aku bangun seawal pagi dengan mamat untuk bersiap..pukul 6.30pagi?kira awal la tu kan..hehe
Nak ke makmal marin,kena la berjalan selama 20minit..fuhhh!! hari2 macam nie ranting la aku..bukan apa Fahmi cuti 2 hari, nak taknak terpaksa la kita org nie menapak...

Dah sampai sekali awal daa..tunggu kat luar mcm tunggu sekolah bukak..haha!!
Macam 1st day,makan dan melopong..huhu..
Kesian kat kiteorg, Dr Pauzi suruh la design rak model bot budak2 nie..
Duduk dalam lab komputer taknak macam sejuk plak kan..hhuhu..
Malangnya hari ni takda makan tengahari..lapo!!

Habis kerja macam biasa pukul 5, balik aku terus makan megi 2 bungkus dan tidur!selesa!haha..Pada sebelah malam pulak aku dinner dgn Mamat kat cafe Meranti..45minit aku berjalan! Mak aihhhh..jauh giler..kenapa la UTM nie besor sgt...buat kecik2 sudeyhhh..huhu..

NASIB BAIK!
Fahmi terserempak ngn kiteorg..pertengahan jalan dan pulang dihantar oleh beliau...TERIMAS!!

Sebalik itu...

Aku makin sedar akan fitrah kehidupan.. memang betul kata mak aku, "antara dua kasih, yang manakah bermula atau menanti berakhir".. Aku daripada dulu lagi dah agak benda ni akan berlaku juga kelak.. Terkadang niat kita akan disalah tanggap oleh insan.. Aku menerima dengan senyuman terukir..

”Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu. ”

"Semuanya datang dan pergi tatkala aku masih lagi di sini, ibarat pepohon rendang teduhan insan, menjadi teduhan kepada terik mentari namun dilupakan jasanya pabila kesenangan lain menghampiri.."

Terima Kasih aku ucapkan kepada insan itu,
Maaf andai persinggahan aku dalam meneruskan pengembaraan di dunia ini menganggu hidupmu, memadai bagiku untuk melepaskan sehela dua nafas kejerihan, sepantas jua akan aku pergi agar tenang kau berasa..

0 comments: